Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-yahajiru-uhjur" bermakna:"tinggalkan" atau "menjahuinya" (tidak melakukan segala perbuatan keji). Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: "dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! " (surah al-Muddathir:5)
Daripada pengertian tersebut , hijrah juga bermakna meninggalkan sifat negatif atau perangai yang buruk. Sabda Rasuluallah s.a.w. yang bermaksud "Orang yang berhijrah itu ialah yang berhijrah daripada apa-apa yang dilarang oleh ALLAH."(Riwayat Ahmad Daripada Abu Hurairah r.a).Tidak dinafikan bahawa hijrah mengandungi hikmah yang terlalu besar. Tidak akan habis untuk diselongkar rahsianya..
Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"
Ini adalah adalah kerana NAFSU adalah pemusnah dalam diri seseorang itu.NAFSU adalah unsur pemusnah yang tidak dapat dikawal jika seorang mukmin itu tiada kekuatan dalam diri untuk membendungnya.Kita seharusnya ikhlas untuk berubah dan tidak pernah mengenal erti putus asa kerana sesuatu perkara baik yang kita usahakan pasti mendapat balasan dari ALLAH S.W.T
Jadi kita sebagai hamba yang lemah ini seharusnya cuba untuk mengubah diri ini dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik lagi.Janganlah kita terlena dibuai dengan segala janji duniawi yang tidak boleh menjanjikan apa-apa untuk kehidupan kita di ukhrawi(akhitrat) kelak.Justeru itu,kita sebagai hamba Allah di muka bumi in makna itu perlu diterjemahkan ke dalam dalam diri kita sendiri.Kita seharusnya berikhtikad dalam diri kita atau berazam untuk berubah dari benda yang kurang baik kepada yang lebih baik.Kita seharusnya menganalisa diri kita yang sebenar adakah kita sudah cukup sempurna dengan amalan yang kita ada ini disisi Allah S.W.T untuk bekalan di akhirat kelak.Cuba kita renung sejenak ke dalam diri kita ini..cukupkah dengan amalan yang kita ada ini?Janganlah kita menangguh segala perbuatan atau amalan yang boleh mengangkat kita di akhirat kelak kerana mati tidak pernah mengenal masa dan usia kita.Mungkingkah kita tidak akan dapat melihat dunia ini lagi sejurus bangun dari tidur kita nanti?adi waktu itu baru lah semuanya nampak gelap.tidak ada siapa lagi akan mendengar teriakan kita..hanya apa yang kita ada sebagai peneman kita masa itu adalah AMALAN kita....Cuma kita hanya mampu berdoa dan berharap adalah semoga kita dapat dimatikan dalam keimanan bukannya kehinaan..InsyaAllah.....