Powered By Blogger

Wednesday, September 18, 2013

my dream..........


Impian dan cita2 saya ni mungkin besar dan ibarat angan2 mat jenin..tetapi dengan izin Allah S.W.T disusuli dengan usaha dan keberkatan..InsyaAllah impian saya akan tercapai..Memang impian saya untuk menjadi usahawan dan mungkin jutawan nampak sukar di era ini,namun itu tidak melemahkan semangat saya tetapi menjadi pembakar semangat saya untuk memulakan legasi perniagaan diiringi dengan minat yang mendalam ditambah dengan usaha kental untuk menjadi usahawan yang berjaya kelak..InsyaAllah..Amin...

Mungkin akan banyak cabaran dan liku2 yang akan saya tempuhi untuk saya capai impian ini..tapi bak kata orang "pengalaman mendewasakan kita".Mungkin selepas grad saya akan bekerja dahulu "makan gaji"untuk menimba sedikit sebanyak ilmu dalam dunia pengurusan dan perniagaan dan untuk membekalkan modal untuk memulakan perniagaan kelak..Insyaallah..

My Inspiration

Dalam mengejar impian dan cita2 saya juga mempunyai inspirasi atau "role model" untuk menjadi pembakar semangat.Untuk menjadi seorang usahawan/jutawan berjaya bukanlah kerja mudah kerana benda ini juga turut dirasai oleh "Role Model"saya bermula dari bawah secara kecil-kecilan hingga ketahap beliau berjaya meletakkan diri beliau ke tempat ke-8 jutawan Malaysia berdasarkan majalah Forbes dan lebih membanggakan beliau adalah salah satu bumiputera yang berjaya tersenarai dalam senarai 10 jutawan di Malaysia dengan kekayaan aset bernilai USS 2,5 bilion.Beliau adalah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.Beliau mempunyai legasi perniagaan dalam pelbagai sektor antaranya hartanah,logistik menerusi Syarikatnya iaitu AlBukhary Foundations.

Saya cukup meminati beliau kerana beliau seorang yang mempunyai jiwa yang cukup kental dalam perniagaannya bermula dari membekal daging secara kecil-kecilan ke restoran hinggalah ke tahap yang cukup membanggakan sekarang.Selain itu,Beliau seorang yang pemurah kerana sering memberi kebajikan kepada golongan yang memerlukan termasuklah menubuhkan Yayasan AlBukhary untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.Antara salah satu kunci kejayaan Beliau adalah beliau memegang kata2 orang tuanya yang sering berpesan jangan lupa pada orang yang tidak berkemampuan di bawah kita..Oleh sebab itu semenjak Beliau mendapat gaji beliau dahulu hinnga sekarang 1/3 dari gaji beliau akan diberikan pada orang kurang berkemampuan 1/3 lagi kepada orang tuanya..dan 1/3 lagi baru la untuk beliau..Itulah yang beliau amalkan semenjak dahulu lagi dan berkat amalannya seperti itu berjaya mengangkat beliau menjadi jutawan terkemuka.

No comments:

Post a Comment